Bonjour!
Tagboard! Big Claps Template: Aina Syaza Editor:Tuan Tanah Other: WeHeartIt Photobucket |
IT HURTS ( CHAPTER 1)
CL's POV Sudah lapan tahun berlalu. Perpisahan yang menyakitkan tetapi aku masih tidak dapat melupakan dia. Oh Tuhan inikah cinta? Aku masih tidak dapat melupakan senyumannya, kata-kata manisnya yang kini hanya tinggal kenangan yang menyentuh jiwa. Dimanakah dia? Adakah hanya aku yang merasa peritnya? Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu rumah ku diketuk. Aku meluru kearah pintu itu dan membukanya. "Oppa buat apa kat sini?" "Hmm... Tak....Oppa pergi dulu lah." Aku memerhatikan pergerakkan lelaki itu. Itulah abangku, Lee Seung Hyun. Entah apa lah yang dicarinya. Aku menutup pintu lalu melangkah ke dapur rumahku. Sudah masuk waktu makan tengahari. Aku membuka pintu peti sejuk ku. Aku mengeluarkan beberapa bahan masakan. Setelah selesai memasak, aku mula menjamah makanan itu. Aku sunyi. Sangat sunyi. FLASHBACK Aku melangkah ke dapur rumahku. Aku mengeluarkan beberapa bahan masakan. Aku mula memotong sayur. Tiba-tiba, dia memegang tangan ku lalu berbisik kepada ku. "Saya tolong awak potong ni. Boleh?" "Tak payah lah. Awak duduk je lah kat ruang tamu. Nanti dah siap saya panggil." Aku menarik tangannya memaksa dia mengikut aku ke ruang tamu. Aku menundingkan jariku kearah sofa berwarna putih itu. "Duduk situ diam-diam." Aku melangkah kambali kedapur. Setelah selesai memasak, aku pergi ruang tamu untuk memanggilnya. Ku lihat dia sudah tertidur di atas sofa itu. Ku usap rambutnya perlahan-lahan. "Jun Hyung bangunlah. Jom makan." Tiada jawapan. Aku menggeletek lehernya. Masih lagi tiada jawapan. Tapi aku dapat lihat daripada raut wajahnya dia sedang menahan ketawa. "Yong Jun Hyung! Jom lah saya lapar ni!' "Ye...ye.. Saya bangun." Dia melangatur langkahnya ke meja makan. Aku meletakkan nasi kedalam pinggan nya. Dia makan dengan berselera sekali. " Sedap?" Soalku. Tiada jawapan daripadanya. "Lee Chae Rin yang masak. Mestilah sedap." Katanya sambil memberikan ku sekuntum senyuman. Aku membalas senyumannya. END OF FLASHBACK Tiba-tiba sahaja air mataku mengalir. Aku cuba sedaya upaya menahan air mataku. Akhirnya, aku kalah. air mataku terus mengalir. Ianya sakit. Ianya perit. Melepaskan dia pergi adalah perkara yang paling perit yang pernah aku rasai. Namun, air mataku tak akan mampu mengubah apa-apa pun. Mungkin sudah suratan takdir hubungan kami sampai disitu.
+++++++
Aku duduk di atas katil ku. Mataku masih lagi mengantuk. Aku mengalihkan pandangan ku ke arah jam dinding di dalam bilik ku. Jam menunjukkan pukul 8:45 pagi. Oh tidak! Aku sudah terlambat! Aku bergegas ke bilik air. Setelah selesai bersiap aku melangkah kedapur membancuh secawan kopi. Setelah selesai menghabiskan menghabiskan kopi itu aku bergegas keluar rumah. Kelihatan kereta BMW berwarna hitam sudah sedia menunggu ku. Aku mengunci pintu pagar rumahku lalu aku melangkahkan kaki ke dalam kereta itu.
"Sorry, aku lambat."
"Tak apa lah. Lagipun tadi aku telefon Minzy dengan Dara dia orang pun baru bangun tidur."
Ujar gadis berambut merah yang sedang memandu. Ini lah Park Bom rakan baik ku.
"Oh okay. Aku ingat aku je yang lambat"
"Tak de maknanya. Kau tau tak malam tadi dia orang pergi clubbing?"
Soal Park Bom. Aku memangdangnya yang sedang menumpukan perhatian ke atas jalan raya yang lengang.
"Tak."
Jawab ku ringkas.
Keadaan menjadi sunyi sepi. Beberapa minit kemudian kami pun tiba dihadapan pintu pagar rumah Dara dan Minzy. Kelihatan Minzy berlari-lari anak kearah kami manakala Dara mengejarnya dariapada belakang. Minzy duduk di tempat duduk di belakang Park Bom. Dara pula di belakang ku.
"Guys sorry kita orang lambat." Ujar Dara. "Hello.... Saya tak lambat unnie yang lambat." Ujar Minzy. "Hish budak ni!" "Unnie yang mabuk teruk malam tadi kan?" Aku dan Park Bom mula berasa geram terhadap mereka berdua. "Dara! Minzy! Diam boleh tak?! Aku lempang nak?!" Tengking Park Bom. Dengan serta-merta keadaan menjadi sunyi sepi.
++++++
Kami tiba di perkarangan tempat letak kereta 'UNIVERSITY OF SEOUL' pada pukul 9:30 pagi. Nasib baik sempat. Masih ada lagi 30 minit sebelum kelas bermula. Aku melangkahkan keluar daripada kereta.
"Erm CL aku pergi dulu lah. Kelas aku dah nak mula dah ni." Ujar Park Bom. "Okay. Bommie hari ni aku balik sendiri tau." "Ha.... Bye!" Aku mengatur langkah ku ke arah dewan kuliah. Manakala Dara dan Minzy berjalan menuju ke kafe. Setibanya di dewan kuliah, aku terus mengambil tempat di dalam dewan itu. Seperti biasa, aku duduk di bahagian hadapan dewan. Jam menunjukkan pukul 9:45 pagi masih ada lima belas minit sebelum kelas bermula. Fikiran ku mula melayang. Tiba-tiba, "Selamat pagi." Aku terdengar suara seseorang. Aku menoleh ke tempat duduk di sebelah ku. "Boooo!!!!!" "Yah! Yo Seob oppa! Du Jun oppa! Kau orang ni memang sengaja menakutkan aku kan?!" "Hahahahaahah! Relax lah. Baddest Female In Seoul City pun tau takut ke?" Ujar Du Jun. "Apa-apa je lah!" "Dia sudah marah." Ujar Yo Seob. Perbualan kami terhenti sebaik sahaja Sir Hyun Suk muncul. Beberapa minit kemudian kelas pun bermula.
++++++
Setelah beberapa jam berlalu, kelas pun tamat. Dewan kuliah menjadi haru biru sebaik sahaja Sir Hyun Suk melangkah keluar daripada dewan itu. Aku mengemas alat tulis ku dan bergegas keluar dari situ.
"CL!"
Aku menghentikan langkah ku lalu menoleh ke belakang. Kelihatan Du Jun dan Yo Seob berlari-lari anak mengejar aku.
"Dah nak balik dah?"
Soal Du Jun. Macam mana lah si Du Jun ni boleh memebaca fikiran ni?
"Ha'ah. Kenapa?"
"Kalau macam tu jom lah kita orang tumpangkan."
Kata Yo Seob yang tiba-tiba muncul di sebelah ku.
"Erm.... Tak payah lah. Aku boleh balik sendiri"
Jawab ku. Lalu meninggalkan mereka yang masih terpinga-pinga di situ. Nampaknya hari ni jalan kaki lah aku.
Dalam perjalanan pulang ke rumah. Mataku tertarik kepada sebuah kafe. Nampaknya, kafe itu baru sahaja di buka hari ini. 'The Siblings' macam pelik je. Aku melangkah masuk ke dalam kafe itu. "Selamat pulang cik muda." Kata salah seorang pelayan lelaki di situ. Aku memberikannya sekuntum senyuman. Kemudian aku melabuhkan punggung ku di meja yang berdekatan dengan pintu masuk. Seorang pelayan lelaki meletakkan menu di atas meja. Aku meniliti menu tersebut. Lalu memanggil pelayan itu untuk mengambil pesanan ku. "White Coffee dan Blueberry Cheesecake." "Ada nak tambah pesanan cik muda?" "Tak, terima kasih." Aku memerhatikan keadaan sekeliling kafe itu. Memang sebuah kafe yang mewah. Tiba-tiba mataku tertarik ke arah sepasang kekasih yang duduk di meja hadapan ku. Cara mereka berbual, bertentang mata sungguh romantis. FLASHBACK Egois. Itulah perkataan yang mampu mengambarkan tingkah laku ku pada hari itu. Aku langsung tidak menghiraukan panggilan telefonnya. Aku langsung tidak berinteraksi dengannya. Aku mengalihkan pandangan ku ke arah jam tangan ku. Jam sudah menunjunkkan pukul 12:00 tengah malam. Tetapi masih tanda-tanda yang dia akan pulang ke rumah. Tiba-tiba sahaja telefon bimbit ku berdering. "Yeobseyo. Siapa ni?" "Ni aku lah Dujoon. CL aku mintak maaf Junhyung dah pergi ke Jepun pukul 5 petang tadi." "Jinja!" END OF FLASHBACK END OF CL's POV
AUTHOR's POV
Sebaik sahaja CL selesai membayar bil di kaunter dia terus meluru keluar daripada kafe itu. Apa yang dia tidak sedari adalah sebaik sahaja dia mengatur langkahnya untuk keluar daripada kafe itu pekerja di situ baru sahaja selesai mengemop lantai. Melihat daripada cara dia berjalan nampaknya dia memang nak cepat. Lantai yang licin itu hampir membuatkan dia terjatuh. END OF AUTHOR's POV CL's POV Oh tidak! Jangan lah! Janganlah terjatuh dekat sini! Tolonglah! Kata hati CL lalu menutup matanya. Eh! Dah jatuh ke belum ni? Tak sakit pun? Aku membuka mataku perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat seorang pemuda yang memandang terus ke arahku. Aku berdiri lalu mengucapkan terima kasih. "Mianehyo, gomawo." Wajahnya. Matanya , hidungnya , cara dia melihat aku, itu menyerepuai dia. Tak! Tak mungkin! Dia dah tinggalkan Korea lapan tahun yang lalu. Tak! Itu tak mungkin dia. Mesti pelanduk dua serupa. Berbagai persoalan mula bermain di fikiranku. Aku mengalihkan pandangan ku kepada pemuda tadi yang masih lagi berdiri kaku di hadapan ku. Dia mengakat keningnya. Pandangannya masih lagi tertumpu kepada ku. "Yong Jun Hyung?!" Soalku. Namun tiada jawapan. Lelaki itu terus membisu lalu memasuki kafe dan meninggalkan aku yang masih menantikan jawapan dariapadanya. Mataku terus memerhatikan susuk tubuhnya daripada belakang. Cara dia berjalan, semuanya sama dengan Yong Jun Hyung. Tiba-tiba dia mengalihkan pandangan nya ke arah ku. Aku pantas mengalikan pandangan ku daripadanya lalu berjalan meninggalkan kafe itu. END OF CL's POV INGIN TAHU APA YANG JADI SETERUSNYA? TERUSKAN MEMBACA! |