Red smooth Live

Bonjour!

Welcome to my blog, my name is aery i am owner of this blog. if you want to know more about me just click on that about button. anyway you've done visit my blog so don't forget to left your foot step on my tagboard and don't forget to follow me :)


Tagboard!



Big Claps

Template: Aina Syaza
Editor:Tuan Tanah
Other: WeHeartIt Photobucket
IT HURTS ( CHAPTER 2 )

JUNHYUNG's POV




"Yong Jun Hyung?!"

 Soal gadis itu. Aku hanya menenung matanya lalu melangkah masuk ke dalam kafe itu. Aku mengatur langkah ke arah tangga yang mempunyai tanda 'HANYA PEKERJA SAHAJA'. Aku memanjat tangga itu sehingga ke tingkat tiga bangunan itu. Hey! Dujun ni memang sengaja buat pejabat dekat tingkat tiga ke apa ni? Geram aku di buatnya. Aku sampai di tingkat tiga terdapat hanya satu pintu di situ. Di pintu itu tertulis 'THE SIBLING MANAGERS'. Aku memusingkan tombol pintu itu.

"Hyung! Bila sampai?"

 Soal Dongwoon yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapanku. Aku menggelengkan kepala ku.

"Yah! Dongwoon ah. Hyung miss you. Where's the other."

"Hmm? Yang lain sekejap lagi sampai. Hyung tunggu sini sekejap tau. Woonie pergi tunggu yang lain dekat bawah."

Aku mengangguk. Dongwoon pun keluar. Aku memerhatikan keadaan sekeliling pejabat itu. Aku tidak pernah sampai ke situ walaupun ialah ialah salah seorang daripada pengurus kafe itu. Tiba-tiba sahaja aku teringat akan kejadian sewaktu dia baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe itu. Gadis itu. Wajahnya, alis matanya, cara dia memandang aku saling tak tumpah seperti dia. Gadis yang pernah dicintai nya.

FLASHBACK

"Omma mintak maaf Junhyung tapi inilah cara terbaik untuk omma dan appa."

"Omma, appa. Kenapa omma dengan appa sanggup buat macam ni?"

"Junhyung appa mintak maaf. Mulai hari ini kamu akan tinggal dengan appa."

 Aku mengangukan kepala ku. Tak aku tak sanggup.

Tiga tahun selepas itu.....

 Sudah tiga tahun kejadian itu berlaku. Dan selepas mereka di sahkan bercerai aku terus berpindah untuk tinggal bersama dengan appa di Harajuku, Jepun. Aku meninggalkan dia Lee Chae Rin tanpa sebarang pesan. Semuanya kerana ego ku terhadapnya yang terlalu tinggi. Tetapi sejak daripada hari itu aku belajar bahawa cinta tak semestinya bersatu dan bahagia.

END OF FLASHBACK

"Hyung!"

 Tehenti lamunan ku dek kerana sergahan itu. Aku mengalihkan pandangan aku ke arah suara itu.

"Yah! Seobi ah! Please don't ever do that again. Arasso?"

"Mianeyo hyung. Mianeh."

 Aku mengangguk tanda menerima maafnya. Kelihatan Dujun, Hyunseung, Gikwang dan Dongwoon mengekorinya dari belakang.

"Yah! Seobi ah! Kalau Junnie kene serangan jantung nanti siapa nak bertanggungjawab huh?!"

Soal Dujun hyung lalu melabuhkan punggungnya ke atas sofa disebelah ku. Yoseob hanya mengangguk sambil aku menepuk-nepuk belakangnya.

"Budak nakal."

Kataku sambil memberikan senyuman sinis ke arah Yoseob. Lalu mengundang tawa mereka semua.  Sudah lama aku tidak berjumpa dengan mereka. Kali terakhir aku berjumpa dengan mereka adalah pada cuti musim panas yang lalu.

END OF JUNHYUNG's POV

DUJUN POV


 

"Junhyung ah macam mana dengan kesihatan awak."

 Soalku. Tersentuh hatiku melihat keadaannya. Wajahnya yang pucat lesi benar membuatkan ku hati ku sayu.

"Macam mana lagi? Macam ni lah hyung. Tiap-tiap hari kena makan ubat."

Aku mengusap kepalanya. Dia hanya memberikan senyuman hambar kepada ku. Sayu hatiku melihat keadaannya.

END OF DUJUN's POV

JUNHYUNG's POV



"Yah hyung tak payahlah nak sedih sangat. Saya tak apa-apalah."

  Kataku. Perangai Dujun hyung memang tak pernah berubah. Sejak daripada kecil sampai lah sekarang memang seorang yang sangat mengambil berat walaupun dia hanya tua beberapa bulan daripada aku. Sejak ibubapa angkat dan ibubapa kandungku ku meninggal dia umpama bapa dan abangku. Begitu juga dengan yang lain. Mereka umpama keluargaku sendiri. Aku masih ingat wajah cemas mereka apabila kali pertama aku mengalami serangan jantung 3 tahun yang lalu .

FLASHBACK

"Junhyung hyung jomlah main dengan kami."

 Kata Gikwang aku mengalihkan pandanganku kepada nya lalu menggelengkan kepala ku.

"Hyung, ppali! Hyung kan pandai main bola keranjang kata."

Kata Dongwoon pula. Tetapi aku masih menggelengkan kepala ku tanda aku tidak setuju untuk bermain dengan mereka. Aku sangat letih dan langsung tidak berminat untuk menyertai mereka bermain bola keranjang. Tambahan pula, aku berasa kurang sihat. Sudah hampir sebulan aku batuk tak henti-henti. Dada ku pula selalu berasa sakit. Tak tentu masa pula tu. Kadang-kadang waktu aku nak buat kerjalah dia sakit. Geram aku dibuatnya.

 Kelihatan mereka sudah pun berhenti bermain. Mereka menghala ke arah ku. Hyunseung menghulurkan ku sebotol air mineral. Aku mencapai air itu lalu meletakkannya disebelah ku.

"Hyung, hyung patut main sekali tadi kalau hyung main tadi mesti Kiki dan Woonie tak kan tolak saya sampai jatuh."

Kata Yoseob sambil berpura-pura menangis. Mereka hanya tertawa melihat gelagat Yoseob yang kebudak-budakkan manakala aku dan Dujun menepuk belakang nya. Sedang kami rancak berbual tiba-tiba dada ku terasa sakit, aku batuk tanpa henti. Aku menutup mulutku menggunakan tangan ku. Aku melihat telapak tangan ku tedapat cecair merah di atasnya. Aku tidak menghiraukan cecair itu lalu aku menepuk-nepuk dada ku untuk menahan kesakitan. Gikwang mendekatiku.

"Hyung, awak ok ke tak ni."

Tiada jawapan daripadaku. Aku terus menepuk-nepuk dada ku.

"Kiki kenapa dengan Junie."

Tanya Hyunseung yang baru sahaja pulang daripada bilik air.

"Tak tau saya tak tau."

Aku cuba menahan kesakitan itu. Namun akhirnya aku rebah di atas pankuan Dujun hyung. Mereka terus membawa ku ke hospital.

 Di hospital,

"Doctor macam mana dengan keadaan kawan saya."

Soal Dujun.

"Harap bersabar En.Dujun. En.JunHyung disahkan menghidapi Sirhosis Hati dan Kegagalan Jantung Berfungsi."

END OF FLASHBACK

"Hyung? Hyung ok ke tak ni? Ke hyung sakit?"

 Tanya Woonie. Aku hanya membalas pertanyaan itu dengan senyuman.

"Hyung, Hyung dah makan ubat belum?"

Tanya Kiki..

"Erm, pagi tadi dah tapi tengah hari ni belum kenapa?"

Kataku.

"Erm, Dodoo hyung. CL? Dia apa khabar?  Dia masih belajar lagi kan? Dia ambik bidang apa? Dia dah ada yang punya ke?

"Hyung, awak masih sayangkan CL noona ?"

Soal YoSeob. Aku hanya mendiamkan diri.

"University Of Seoul. Bukan ke Junnie pun mintak dekat situ. CL tu satu fakulti dengan Hyung dengan Seobi,  fakulti musiq. Kalau tak salah Junnie pun masuk fakulti musik kan?"

Aku menganguk.

"Tapi saya tak guna nama saya. Sebab saya dah agak dah yang perkara macam ni pasti akan berlaku."

"Dah agak dah. Mesti kau guna nama Lee Yong Hwan kan?"

Soal HyunSeung. Aku sekadar menganguk.

"Jadi bisu lagi lah tu."

Teka GiKwang. Aku hanya mengangguk kan kepala ku.

END OF JUNHYUNG's POV

bersambung......................................

IT HURTS ( CHAPTER 1)

CL's POV



 Sudah lapan tahun berlalu. Perpisahan yang menyakitkan tetapi aku masih tidak dapat melupakan dia. Oh Tuhan inikah cinta? Aku masih tidak dapat melupakan senyumannya, kata-kata manisnya yang kini hanya tinggal kenangan yang menyentuh jiwa. Dimanakah dia? Adakah hanya aku yang merasa peritnya? Tiba-tiba aku terdengar bunyi pintu rumah ku diketuk. Aku meluru kearah pintu itu dan membukanya.

"Oppa buat apa kat sini?"

"Hmm... Tak....Oppa pergi dulu lah."

 Aku memerhatikan pergerakkan lelaki itu. Itulah abangku, Lee Seung Hyun. Entah apa lah yang dicarinya. Aku menutup pintu lalu melangkah ke dapur rumahku. Sudah masuk waktu makan tengahari. Aku membuka pintu peti sejuk ku. Aku mengeluarkan beberapa bahan masakan. Setelah selesai memasak, aku mula menjamah makanan itu. Aku sunyi. Sangat sunyi.

FLASHBACK

 Aku melangkah ke dapur rumahku. Aku mengeluarkan beberapa bahan masakan. Aku mula memotong sayur. Tiba-tiba, dia memegang tangan ku lalu berbisik kepada ku.

"Saya tolong awak potong ni. Boleh?"

"Tak payah lah. Awak duduk je lah kat ruang tamu. Nanti dah siap saya panggil."

Aku menarik tangannya memaksa dia mengikut aku ke ruang tamu. Aku menundingkan jariku kearah sofa berwarna putih itu.

"Duduk situ diam-diam."

Aku melangkah kambali kedapur.

 Setelah selesai memasak, aku pergi ruang tamu untuk memanggilnya. Ku lihat dia sudah tertidur di atas sofa itu. Ku usap rambutnya perlahan-lahan.

"Jun Hyung bangunlah. Jom makan."

Tiada jawapan. Aku menggeletek lehernya. Masih lagi tiada jawapan. Tapi aku dapat lihat daripada raut wajahnya dia sedang menahan ketawa.

"Yong Jun Hyung! Jom lah saya lapar ni!'

"Ye...ye.. Saya bangun."

Dia melangatur langkahnya ke meja makan. Aku meletakkan nasi kedalam pinggan nya. Dia makan dengan berselera sekali.

" Sedap?"

Soalku. Tiada jawapan daripadanya.

"Lee Chae Rin yang masak. Mestilah sedap."

Katanya sambil memberikan ku sekuntum senyuman. Aku membalas senyumannya.

END OF FLASHBACK

  Tiba-tiba sahaja air mataku mengalir. Aku cuba sedaya upaya menahan air mataku. Akhirnya, aku kalah. air mataku terus mengalir. Ianya sakit. Ianya perit. Melepaskan dia pergi adalah perkara yang paling perit yang pernah aku rasai. Namun, air mataku tak akan mampu mengubah apa-apa pun. Mungkin sudah suratan takdir hubungan kami sampai disitu.

+++++++


  Aku duduk di atas katil ku. Mataku masih lagi mengantuk. Aku mengalihkan pandangan ku ke arah jam dinding di dalam bilik ku. Jam menunjukkan pukul 8:45 pagi. Oh tidak! Aku sudah terlambat! Aku bergegas ke bilik air. Setelah selesai bersiap aku melangkah kedapur membancuh secawan kopi. Setelah selesai menghabiskan menghabiskan kopi itu aku bergegas keluar rumah. Kelihatan kereta BMW berwarna hitam sudah sedia menunggu ku. Aku mengunci pintu pagar rumahku lalu aku melangkahkan kaki ke dalam kereta itu.

"Sorry, aku lambat."

"Tak apa lah. Lagipun tadi aku telefon Minzy dengan Dara dia orang pun baru bangun tidur."

 Ujar gadis berambut merah yang sedang memandu. Ini lah Park Bom rakan baik ku.

"Oh okay. Aku ingat aku je yang lambat"

"Tak de maknanya. Kau tau tak malam tadi dia orang pergi clubbing?"

Soal Park Bom. Aku memangdangnya yang sedang menumpukan perhatian ke atas jalan raya yang lengang. 

"Tak."

Jawab ku ringkas. 

Keadaan menjadi sunyi sepi. Beberapa minit kemudian kami pun tiba dihadapan pintu pagar rumah Dara dan Minzy. Kelihatan Minzy berlari-lari anak kearah kami manakala Dara mengejarnya dariapada belakang. Minzy duduk di tempat duduk di belakang Park Bom. Dara pula di belakang ku.

"Guys sorry kita orang lambat."

Ujar Dara.

"Hello.... Saya tak lambat unnie yang lambat."

Ujar Minzy.

"Hish budak ni!"

"Unnie yang mabuk teruk malam tadi kan?"

Aku dan Park Bom mula berasa geram terhadap mereka berdua.

"Dara! Minzy! Diam boleh tak?! Aku lempang nak?!"

Tengking Park Bom. Dengan serta-merta keadaan menjadi sunyi sepi.


++++++

 Kami tiba di perkarangan tempat letak kereta 'UNIVERSITY OF SEOUL' pada pukul 9:30 pagi. Nasib baik sempat. Masih ada lagi 30 minit sebelum kelas bermula. Aku melangkahkan keluar daripada kereta.

"Erm CL aku pergi dulu lah. Kelas aku dah nak mula dah ni."

Ujar Park Bom.

"Okay. Bommie hari ni aku balik sendiri tau."

"Ha.... Bye!"

 Aku mengatur langkah ku ke arah dewan kuliah. Manakala Dara dan Minzy berjalan menuju ke kafe. Setibanya di dewan kuliah, aku terus mengambil tempat di dalam dewan itu. Seperti biasa, aku duduk di bahagian hadapan dewan. Jam menunjukkan pukul 9:45 pagi masih ada lima belas minit sebelum kelas bermula. Fikiran ku mula melayang. Tiba-tiba,

"Selamat pagi."

Aku terdengar suara seseorang. Aku menoleh ke tempat duduk di sebelah ku.

"Boooo!!!!!"

"Yah! Yo Seob oppa! Du Jun oppa! Kau orang ni memang sengaja menakutkan aku kan?!"

"Hahahahaahah! Relax lah. Baddest Female In Seoul City pun tau takut ke?"

Ujar Du Jun.

"Apa-apa je lah!"

"Dia sudah marah."

Ujar Yo Seob.

Perbualan kami terhenti sebaik sahaja Sir Hyun Suk muncul. Beberapa minit kemudian kelas pun bermula.


++++++


 Setelah beberapa jam berlalu, kelas pun tamat. Dewan kuliah menjadi haru biru sebaik sahaja Sir Hyun Suk melangkah keluar daripada dewan itu. Aku mengemas alat tulis ku dan bergegas keluar dari situ.

"CL!"

Aku menghentikan langkah ku lalu menoleh ke belakang. Kelihatan Du Jun dan Yo Seob berlari-lari anak mengejar aku.

"Dah nak balik dah?"

Soal Du Jun. Macam mana lah si Du Jun ni boleh memebaca fikiran ni? 

"Ha'ah. Kenapa?"

"Kalau macam tu jom lah kita orang tumpangkan."

Kata Yo Seob yang tiba-tiba muncul di sebelah ku.

"Erm.... Tak payah lah. Aku boleh balik sendiri"

Jawab ku. Lalu meninggalkan mereka yang masih terpinga-pinga di situ. Nampaknya hari ni jalan kaki lah aku.

 Dalam perjalanan pulang ke rumah. Mataku tertarik kepada sebuah kafe. Nampaknya, kafe itu baru sahaja di buka hari ini. 'The Siblings' macam pelik je.  Aku melangkah masuk ke dalam kafe itu.

"Selamat pulang cik muda."

Kata salah seorang pelayan lelaki di situ. Aku memberikannya sekuntum senyuman. Kemudian aku melabuhkan punggung ku di meja yang berdekatan dengan pintu masuk. Seorang pelayan lelaki meletakkan menu di atas meja. Aku meniliti menu tersebut. Lalu memanggil pelayan itu untuk mengambil pesanan ku.

"White Coffee dan Blueberry Cheesecake."

"Ada nak tambah pesanan cik muda?"

"Tak, terima kasih."

Aku memerhatikan keadaan sekeliling kafe itu. Memang sebuah kafe yang mewah. Tiba-tiba mataku tertarik ke arah sepasang kekasih yang duduk di meja hadapan ku. Cara mereka berbual, bertentang mata sungguh romantis.

FLASHBACK

 Egois. Itulah perkataan yang mampu mengambarkan tingkah laku ku pada hari itu. Aku langsung tidak menghiraukan panggilan telefonnya. Aku langsung tidak berinteraksi dengannya. Aku mengalihkan pandangan ku ke arah jam tangan ku. Jam sudah menunjunkkan pukul 12:00 tengah  malam. Tetapi masih tanda-tanda yang dia akan pulang ke rumah. Tiba-tiba sahaja telefon bimbit ku berdering.

"Yeobseyo. Siapa ni?"

"Ni aku lah Dujoon. CL aku mintak maaf Junhyung dah pergi ke Jepun pukul 5 petang tadi."

"Jinja!"

END OF FLASHBACK

END OF CL's POV


AUTHOR's POV




   Sebaik sahaja CL selesai  membayar bil di kaunter dia terus meluru keluar daripada kafe itu. Apa yang dia tidak sedari adalah sebaik sahaja dia mengatur langkahnya untuk keluar daripada kafe itu pekerja di situ baru sahaja selesai mengemop lantai. Melihat daripada cara dia berjalan nampaknya dia memang nak cepat. Lantai yang licin itu hampir membuatkan dia terjatuh.

END OF AUTHOR's POV


CL's POV




 Oh tidak! Jangan lah! Janganlah terjatuh dekat sini! Tolonglah! Kata hati CL lalu menutup matanya. Eh! Dah jatuh ke belum ni? Tak sakit pun? Aku membuka mataku perlahan-lahan. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat seorang pemuda yang memandang terus ke arahku. Aku berdiri lalu mengucapkan terima kasih.

"Mianehyo, gomawo."

 Wajahnya. Matanya , hidungnya , cara dia melihat aku, itu menyerepuai dia. Tak! Tak mungkin! Dia dah tinggalkan Korea lapan tahun yang lalu. Tak! Itu tak mungkin dia. Mesti pelanduk dua serupa. Berbagai persoalan mula bermain di fikiranku. Aku mengalihkan pandangan ku kepada pemuda tadi yang masih lagi berdiri kaku di hadapan ku. Dia mengakat keningnya. Pandangannya masih lagi tertumpu kepada ku.

"Yong Jun Hyung?!"

Soalku. Namun tiada jawapan. Lelaki itu terus membisu lalu memasuki kafe dan meninggalkan aku yang masih menantikan jawapan dariapadanya. Mataku terus memerhatikan susuk tubuhnya daripada belakang. Cara dia berjalan, semuanya sama dengan Yong Jun Hyung. Tiba-tiba dia mengalihkan pandangan nya ke arah ku. Aku pantas mengalikan pandangan ku daripadanya lalu berjalan meninggalkan kafe itu.

END OF CL's POV


INGIN TAHU APA YANG JADI SETERUSNYA? TERUSKAN MEMBACA!



































IT HURTS ( TEASER 2 )



MINOR CHARACTER: 


LEE SEUNG HYUN a.k.a SEUNGRI ( TEMPORARY CHARACTER)


PARK BOM 


YOON DU JUN 


SANDARA PARK a.k.a DARA



GONG MIN JI a.k.a MINZY


YANG YO SEOB 

ada beberapa lagi watak tambahan yang akan muncul. 

SEKIAN TERIMA KASIH





IT HURTS ( TEASER )


"I didn't mean to hurt you. But it's the only way that you would forget me. I had to let you go." - JUN HYUNG


"I knew he didn't mean to do that. But, it's too hurts. It's too much pains. Am I the only one who hurts?" - CL

MAIN CHARACTER :


LEE CHAE RIN a.k.a CL


YONG JUN HYUNG a.k.a JUN HYUNG

watak tambahan akan di update secepat mungkin. TERIMA KASIH!


Older Post