Red smooth Live

Bonjour!

Welcome to my blog, my name is aery i am owner of this blog. if you want to know more about me just click on that about button. anyway you've done visit my blog so don't forget to left your foot step on my tagboard and don't forget to follow me :)


Tagboard!



Big Claps

Template: Aina Syaza
Editor:Tuan Tanah
Other: WeHeartIt Photobucket
IT HURTS ( CHAPTER 2 )

JUNHYUNG's POV




"Yong Jun Hyung?!"

 Soal gadis itu. Aku hanya menenung matanya lalu melangkah masuk ke dalam kafe itu. Aku mengatur langkah ke arah tangga yang mempunyai tanda 'HANYA PEKERJA SAHAJA'. Aku memanjat tangga itu sehingga ke tingkat tiga bangunan itu. Hey! Dujun ni memang sengaja buat pejabat dekat tingkat tiga ke apa ni? Geram aku di buatnya. Aku sampai di tingkat tiga terdapat hanya satu pintu di situ. Di pintu itu tertulis 'THE SIBLING MANAGERS'. Aku memusingkan tombol pintu itu.

"Hyung! Bila sampai?"

 Soal Dongwoon yang tiba-tiba sahaja muncul di hadapanku. Aku menggelengkan kepala ku.

"Yah! Dongwoon ah. Hyung miss you. Where's the other."

"Hmm? Yang lain sekejap lagi sampai. Hyung tunggu sini sekejap tau. Woonie pergi tunggu yang lain dekat bawah."

Aku mengangguk. Dongwoon pun keluar. Aku memerhatikan keadaan sekeliling pejabat itu. Aku tidak pernah sampai ke situ walaupun ialah ialah salah seorang daripada pengurus kafe itu. Tiba-tiba sahaja aku teringat akan kejadian sewaktu dia baru sahaja melangkah masuk ke dalam kafe itu. Gadis itu. Wajahnya, alis matanya, cara dia memandang aku saling tak tumpah seperti dia. Gadis yang pernah dicintai nya.

FLASHBACK

"Omma mintak maaf Junhyung tapi inilah cara terbaik untuk omma dan appa."

"Omma, appa. Kenapa omma dengan appa sanggup buat macam ni?"

"Junhyung appa mintak maaf. Mulai hari ini kamu akan tinggal dengan appa."

 Aku mengangukan kepala ku. Tak aku tak sanggup.

Tiga tahun selepas itu.....

 Sudah tiga tahun kejadian itu berlaku. Dan selepas mereka di sahkan bercerai aku terus berpindah untuk tinggal bersama dengan appa di Harajuku, Jepun. Aku meninggalkan dia Lee Chae Rin tanpa sebarang pesan. Semuanya kerana ego ku terhadapnya yang terlalu tinggi. Tetapi sejak daripada hari itu aku belajar bahawa cinta tak semestinya bersatu dan bahagia.

END OF FLASHBACK

"Hyung!"

 Tehenti lamunan ku dek kerana sergahan itu. Aku mengalihkan pandangan aku ke arah suara itu.

"Yah! Seobi ah! Please don't ever do that again. Arasso?"

"Mianeyo hyung. Mianeh."

 Aku mengangguk tanda menerima maafnya. Kelihatan Dujun, Hyunseung, Gikwang dan Dongwoon mengekorinya dari belakang.

"Yah! Seobi ah! Kalau Junnie kene serangan jantung nanti siapa nak bertanggungjawab huh?!"

Soal Dujun hyung lalu melabuhkan punggungnya ke atas sofa disebelah ku. Yoseob hanya mengangguk sambil aku menepuk-nepuk belakangnya.

"Budak nakal."

Kataku sambil memberikan senyuman sinis ke arah Yoseob. Lalu mengundang tawa mereka semua.  Sudah lama aku tidak berjumpa dengan mereka. Kali terakhir aku berjumpa dengan mereka adalah pada cuti musim panas yang lalu.

END OF JUNHYUNG's POV

DUJUN POV


 

"Junhyung ah macam mana dengan kesihatan awak."

 Soalku. Tersentuh hatiku melihat keadaannya. Wajahnya yang pucat lesi benar membuatkan ku hati ku sayu.

"Macam mana lagi? Macam ni lah hyung. Tiap-tiap hari kena makan ubat."

Aku mengusap kepalanya. Dia hanya memberikan senyuman hambar kepada ku. Sayu hatiku melihat keadaannya.

END OF DUJUN's POV

JUNHYUNG's POV



"Yah hyung tak payahlah nak sedih sangat. Saya tak apa-apalah."

  Kataku. Perangai Dujun hyung memang tak pernah berubah. Sejak daripada kecil sampai lah sekarang memang seorang yang sangat mengambil berat walaupun dia hanya tua beberapa bulan daripada aku. Sejak ibubapa angkat dan ibubapa kandungku ku meninggal dia umpama bapa dan abangku. Begitu juga dengan yang lain. Mereka umpama keluargaku sendiri. Aku masih ingat wajah cemas mereka apabila kali pertama aku mengalami serangan jantung 3 tahun yang lalu .

FLASHBACK

"Junhyung hyung jomlah main dengan kami."

 Kata Gikwang aku mengalihkan pandanganku kepada nya lalu menggelengkan kepala ku.

"Hyung, ppali! Hyung kan pandai main bola keranjang kata."

Kata Dongwoon pula. Tetapi aku masih menggelengkan kepala ku tanda aku tidak setuju untuk bermain dengan mereka. Aku sangat letih dan langsung tidak berminat untuk menyertai mereka bermain bola keranjang. Tambahan pula, aku berasa kurang sihat. Sudah hampir sebulan aku batuk tak henti-henti. Dada ku pula selalu berasa sakit. Tak tentu masa pula tu. Kadang-kadang waktu aku nak buat kerjalah dia sakit. Geram aku dibuatnya.

 Kelihatan mereka sudah pun berhenti bermain. Mereka menghala ke arah ku. Hyunseung menghulurkan ku sebotol air mineral. Aku mencapai air itu lalu meletakkannya disebelah ku.

"Hyung, hyung patut main sekali tadi kalau hyung main tadi mesti Kiki dan Woonie tak kan tolak saya sampai jatuh."

Kata Yoseob sambil berpura-pura menangis. Mereka hanya tertawa melihat gelagat Yoseob yang kebudak-budakkan manakala aku dan Dujun menepuk belakang nya. Sedang kami rancak berbual tiba-tiba dada ku terasa sakit, aku batuk tanpa henti. Aku menutup mulutku menggunakan tangan ku. Aku melihat telapak tangan ku tedapat cecair merah di atasnya. Aku tidak menghiraukan cecair itu lalu aku menepuk-nepuk dada ku untuk menahan kesakitan. Gikwang mendekatiku.

"Hyung, awak ok ke tak ni."

Tiada jawapan daripadaku. Aku terus menepuk-nepuk dada ku.

"Kiki kenapa dengan Junie."

Tanya Hyunseung yang baru sahaja pulang daripada bilik air.

"Tak tau saya tak tau."

Aku cuba menahan kesakitan itu. Namun akhirnya aku rebah di atas pankuan Dujun hyung. Mereka terus membawa ku ke hospital.

 Di hospital,

"Doctor macam mana dengan keadaan kawan saya."

Soal Dujun.

"Harap bersabar En.Dujun. En.JunHyung disahkan menghidapi Sirhosis Hati dan Kegagalan Jantung Berfungsi."

END OF FLASHBACK

"Hyung? Hyung ok ke tak ni? Ke hyung sakit?"

 Tanya Woonie. Aku hanya membalas pertanyaan itu dengan senyuman.

"Hyung, Hyung dah makan ubat belum?"

Tanya Kiki..

"Erm, pagi tadi dah tapi tengah hari ni belum kenapa?"

Kataku.

"Erm, Dodoo hyung. CL? Dia apa khabar?  Dia masih belajar lagi kan? Dia ambik bidang apa? Dia dah ada yang punya ke?

"Hyung, awak masih sayangkan CL noona ?"

Soal YoSeob. Aku hanya mendiamkan diri.

"University Of Seoul. Bukan ke Junnie pun mintak dekat situ. CL tu satu fakulti dengan Hyung dengan Seobi,  fakulti musiq. Kalau tak salah Junnie pun masuk fakulti musik kan?"

Aku menganguk.

"Tapi saya tak guna nama saya. Sebab saya dah agak dah yang perkara macam ni pasti akan berlaku."

"Dah agak dah. Mesti kau guna nama Lee Yong Hwan kan?"

Soal HyunSeung. Aku sekadar menganguk.

"Jadi bisu lagi lah tu."

Teka GiKwang. Aku hanya mengangguk kan kepala ku.

END OF JUNHYUNG's POV

bersambung......................................


Older Post